Selamat Datang Ke

Desaland
Desa Tunas Hijau!

Di Desaland, anda akan merasai ketenangan sambil mendengar bunyi alam yang menenangkan. Nikmati pengalaman ekopelancongan yang unik dengan penginapan yang direka khas untuk menyatu dengan alam sekitar. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk diterokai yang membolehkan anda berinteraksi dengan persekitaran semula jadi.

Tentang Kami

Tempat santai yang dekat dengan alam dan mesra untuk semua.

Desa Tunas Hijau dimiliki sepenuhnya oleh Tunas Rakyat Sdn Bhd dan terletak di Labuan. Kami menyediakan tempat penginapan berkonsepkan semula jadi dengan suasana tenang, sesuai untuk percutian keluarga, aktiviti berkumpulan dan acara komuniti. Fokus kami adalah keselesaan, kebersihan, dan pengalaman penginapan yang berbaloi.

Terletak di tengah-tengah tumbuhan hijau tanah desa yang subur dan menawarkan keindahan alam semula jadi yang memukau dan suasana yang tenang. Pemandangan hijau dan matahari terbenam yang mempesonakan di tepi pantai menjadikan tempat ini sebagai destinasi ideal untuk mereka yang ingin bersantai dan menikmati keindahan alam.

Di Desaland, anda akan merasai ketenangan sambil mendengar bunyi alam yang menenangkan. Nikmati pengalaman ekopelancongan yang unik dengan penginapan yang direka khas untuk menyatu dengan alam sekitar. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk diterokai yang membolehkan anda berinteraksi dengan persekitaran semula jadi.

Kami berharap anda menikmati setiap detik di sini! sama ada anda mencari ketenangan, pengambaraan atau hanya ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Jadikan Desaland sebagai destinasi pilihan yang tepat untuk merehatkan minda, menyegarkan tubuh, dan menghayati keindahan ekosistem yang sentiasa terhubung. Nikmati suasana damai yang ada dan biarkan diri anda terbenam dalam keindahan alam semula jadi yang mengelilingi anda.

Selamat bekunjung ke Desaland dan semoga dapat mencipta kenangan manis!

Desa Tunas Hijau menawarkan pelbagai pilihan penginapan Desaland yang unik dan menarik, setiap satu direka untuk memberikan pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan pengunjung, sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kumpulan.

Pelbagai aktiviti pengembaraan eko yang disesuaikan untuk golongan warga tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di mana rakan-rakan dan keluarga dapat bersantai, penyatuan semula, dan menciptakan kenangan manis dalam suasana yang damai dan indah.

Pilihan utama para pengunjung.

Penginapan Paling Diminati

Desaland menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang unik dan menarik, setiap satu direka untuk memberikan pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan pengunjung, sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kumpulan.

Aktiviti di Desaland

Desaland bukan sekadar tempat penginapan — ia adalah destinasi eko-rekreasi yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan kemudahan lengkap untuk seisi keluarga. Dikelilingi alam semula jadi yang indah, setiap sudut di sini menjanjikan pengalaman yang unik dan menyeronokkan.

Pengembaraan ATV

Terokai kawasan sekitar Desaland dengan menunggang ATV yang mencabar dan menyeronokkan. Sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dan ingin melihat keindahan alam dari perspektif berbeza.

Replika Mini Zoo

Menampilkan haiwan safari dan haiwan purba yang dapat memberikan pengalaman yang menarik dan mendidik

Kayak & Bot Pedal

Nikmati ketenangan tasik dengan berkayak atau menaiki bot pedal. Aktiviti santai ini sesuai untuk semua peringkat umur dan memberikan peluang untuk bersantai sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Keretapi Desaland

Bersedia untuk pengembaraan keretapi yang tidak dapat dilupakan. Tarikan yang mendebarkan dan mesra keluarga ini sesuai untuk semua peringkat umur, menggabungkan keseronokan, hiburan dan pemandangan alam semula jadi tumbuh-tumbuhan hutan, pokok pain dan rumah pokok serta landskap. Mempamerkan kepelbagaian flora dan fauna yang indah dalam satu perjalanan yang singkat dan menarik.