Aktiviti & Cabaran

Dari Aktiviti Menyeronokkan Hingga Cabaran – Semua Ada di Desaland!

01/05

Keretapi Desaland

Bersedia untuk pengembaraan keretapi yang tidak dapat dilupakan. Tarikan yang mendebarkan dan mesra keluarga ini sesuai untuk semua peringkat umur, menggabungkan keseronokan, hiburan dan pemandangan alam semula jadi tumbuh-tumbuhan hutan, pokok pain dan rumah pokok serta landskap. Mempamerkan kepelbagaian flora dan fauna yang indah dalam satu perjalanan yang singkat dan menarik.

02/05

ATV

Nikmati kembara ATV di atas trek yang lembab dan permukaan tidak rata di pingir hutan dan sepanjang tepian sungai merupakan pengalaman yang mendebarkan dan membuatkan pengalaman ini lebih bermakna. Pastikan anda memakai peralatan keselamatan yang sesuai dan mengikuti arahan panduan untuk memastikan perjalanan anda selamat dan menyeronokkan!

03/05

Replika Mini Zoo

Menampilkan haiwan safari dan haiwan purba yang dapat memberikan pengalaman yang menarik dan mendidik

04/05

Bot Kayuh & Kayak

Bermain bot kayuh dan kayak adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik, terutama bagi mereka yang gemar bersantai dan beraktiviti di air. Ini membolehkan pengunjung menikmati masa bersama keluarga dan rakan rakan sambil bersenaman yang membantu meningkatkan kekuatan otot, daya tahan, dan keseimbangan

05/05

Kolam Permainan Air

Kolam permainan air dilengkapi dengan ciri yang menarik dan seronok serta selamat untuk kanak-kanak bermain air. Pancuran yang menyemburkan air membolehkan kanak-kanak berlari dan bermain di bawah aliran air serta gelongsor yang direka untuk memberikan pengalaman meluncur yang menyeronokkan.