Jenis Penginapan
Pilihan Penginapan
Desaland menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang unik dan menarik, setiap satu direka untuk memberikan pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan pengunjung, sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kumpulan.

Rumah Chalet
Penginapan yang selesa dengan suasana perkampungan moden, sesuai untuk keluarga dan kumpulan yang ingin menikmati privasi dan keindahan alam sekitar.
- 1 Katil Queen (Chalet Bilik Kembar & Chalet Studio)
- 2 Katil Kembar (Chalet Bilik Kembar)
- Ruang Tamu
- Dapur Kering
- Peti Sejuk
- TV
- Dispenser Air
- Penghawa Dingin

Pine Cabin
Kabin ini berasaskan kontena penghantaran yang disusun, memberikan suasana yang hangat dan nyaman. Sesuai untuk pengunjung yang ingin merasai pengalaman tinggal di kelilingi lanskap taman dan hutan
- Katil Queen
- Tandas
- TV
- Penghawa Dingin

Glamping Dome
Pengalaman kemewahan dalam berkhemah, di mana anda dapat menikmati keselesaan yang moden sambil dikelilingi oleh alam semula jadi. Dome ini dilengkapi dengan kemudahan yang selesa sebagai cara untuk menikmati alam bebas tanpa mengorbankan kenyamanan modern
- Katil Queen
- Bilik Mandi
- Penghawa Dingin

Log Cabin
Penginapan tradisional yang diperbuat dan dibentuk seperti batang kayu balak, menawarkan pengalaman yang dekat dengan alam. Tempat yang ideal dan privasi untuk menikmati ketenangan dan keindahan semula jadi, serta memberikan suasana yang nyaman untuk pengunjung yang ingin melarikan diri dari kesibukan harian.
- Katil Queen
- Bilik Mandi
- Penghawa Dingin

Rumah Pokok
Penginapan yang unik dan menyeronokkan di atas pokok, memberikan pengunjung pengalaman yang luar biasa dan pemandangan yang menakjubkan dari ketinggian.
- Katil Queen
- Bilik Mandi
- Penghawa Dingin

Tapak Perkhemahan
Tapak Perkhemahan adalah lokasi yang ideal untuk pengunjung yang ingin menikmati pengalaman luar sambil menghayati keindahan alam semula jadi.
- Saluran Air
- Tandas

Dewan Sri Tunas
Desaland menyediakan kemudahan sebuah Dewan untuk pelbagai aktiviti dan acara, tentunya akan sangat bermanfaat bagi pengunjung mengadakan pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, seminar, pameran. Dewan Sri Tunas dilengkapi dengan sistem audio dan visual untuk
memastikan semua acara dapat berlangsung dengan baik.

Perkhidmatan catering Desaland Cafe menyediakan pilihan hidangan untuk majlis yang diadakan. Dengan adanya seperti ini, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti dan acara yang lebih terancang dan berkesan

Keluasan dewan dapat menampung keperluan untuk mengadakan seminar, pameran dan pendidikan serta pertunjukan langsung, seperti konsert, teater dan persembahan seni.

Dengan adanya bilik mesyuarat ini, Desaland dapat menyediakan ruang yang sesuai untuk pelbagai jenis pertemuan, daripada mesyuarat korporat hingga ke seminar dan latihan.